seorang teman duduk betul betul di hadap aku ,
berceritakan tentang apa yang sedang dilaluinya.
dengan wajah yang agak dahsyat kusutnya , tak terurus , hampa , kecewa punah , hancur , dia meceritakan detik detik perit yang sedang di laluinya. hatinya sedang hancur, yang tak terbayangkan. dari riak wajahnya yang jujur, aku seolah olah dapat merasakan kehancuran jiwanya yang tak terbangkit lagi .
setiap kata dibaluti nada suara sebak yang tak terkeluar . bertungkus lumus dia cuba untuk pisahkan suaranya tanpa emosi, tapi gagal . dia cuba menahan lelehan air mata yang pantas mengalir di pipi tanpa niat .
aku jadi lemah memerhatikannya .
lembik lutut.
tapi aku kuatkan hati, demi membantunya .
katanya , setiap minit , setiap detik , setiap waktu dia terbayangkan kisah kisah indah bersama dengan kekasihnya itu dan hari ini , terlalu senang kekasihnya berpaling pada wanita lain . yang memulakan saat kehancurannya.
teman aku ni sebelumnya sudah berjanji pada diri sendiri untuk meninggalkan dunia PLAYGIRL nya hanya untuk hidup bersama pasangannya . ini pengorbanan yang memerlukan sesorang betul betul kuat untuk membuat keputusan.
apabila seorang remaja kota membuat keputusan untuk meninggalkan keseronokkan dunia , maka ia adalah satu keputusan yang kental . siapa remaja kota yang sanggup? **aku terfikir .
ini pengorbanan yang mulia bagi seorang manusia yang ingin bersatu hidupnya dengan manusia lain . itulah kekuasaan cinta yang wujud di dunia ini , kerana aku yakin , cinta adalah satu perasaan yang mampu menjatuhkan mana mana wanita mahupun lelaki sekali pun .
sebak sungguh aku mendengar hitam hitam kisah ini .
dan ... tiba tiba aku dengar nama aku dipanggil .
aku toleh kebelakang , kerana aku kenal dengan suara yang memanggil aku itu . suara seorang insan yang aku pernah sayang .
bila aku toleh , tiada orang .
kemudian aku toleh kedepan semula dan aku dapati wanita yang sedang menangis keperitan dihadapan aku itu tadi ialah.......
AKU !!